Peniaga online : Tanamkan Sifat Keusahawanan


Kebelakangan ini memang ramai yang menceburi bidang perniagaan online samada yang sudah lama berniaga atau yang baru hendak cuba-cuba. Ada satu pengalaman penulis semasa hendak membeli sebuah telefon di laman jual beli online iaitu Mudah. berikut adalah perbualan penulis dan penjual online tersebut ;

Penulis : Telefon XXXX masih ada atau tidak?

Penjual : Masih ada

Penulis : Berapa harga akhir boleh bagi?

Penjual : No nego

Penulis : Okay, nanti saya hubungi balik sebab saya tengok dulu mana-mana telefon lain

Penjual : Aku cari serious buyer only, bukan yang main-main. Ko ni B*D8H lah. kalau xde duit jangan tanya kalau nak survey pergi tengok kat kedai.

Penulis : Maaf.

Terkedu penulis bila di herdik sedemikian namun penulis tetap mengambil pendekataan yang positif dengan meminta maaf. Penulis tahu perasaan melayan pelbagai karenah pelanggan terutamanya pelanggan yang tidak membaca informasi yang diberikan dan cuba membuat tawaran harga namun sebagai seorang usahawan di dunia nyata penulis sudah terbiasa dengan situasi tersebut dan akan mengambil pendekatan yang terbaik untuk berhadapan dengan pelanggan sebegini.

Situasi penulis adalah dimana tiada ayat tidak boleh tawar menawar atau sewaktu dengannya dalam iklan tersebut jadi sebagai seorang pembeli penulis cuba membuat tawaran harga. Namun selepas tawaran ditolak penulis cuba untuk melihat telefon lain yang lebih kurang harganya berbanding telefon terbabit. Apa yang mengecewakan penulis dimaki hamun oleh penjual terbabit. Berdasarkan pemerhatian penulis penjual terbabit adalah peniaga online kerana penulis dapat lihat beberapa lagi iklan telefon lain yang dibuat olehnya. Begitu mengewakan bila dapat tahu penjual terbabit merupakan peniaga online tegar sedangkan betapa bongkaknya perangai dia. Penulis juga biasa mengiklankan barangan atau bilik sewa secara online dan memang menjadi lumrah untuk dihujani pelbagai pertanyaan dan dan sikap-sikap pelik pelanggan namun penulis sentiasa melayani mereka dengan tertib.

Walaupun bukan sebagai pembeli dan penjual kita mestilah menjaga hubungan kita dengan insan lain malahan dengan alam juga sebab kita tidak tahu dimana pengakhiran kita suatu hari nanti. Berdasarkan pengamalan ini juga penulis melihat betapa kurangnya ilmu dan sikap keusahawanan dalam  diri rakyat Malaysia. 

Pesanan penulis kepada peniaga yang baru hendak bermula terutamanya peniaga online, jagalah adab dan sikap anda semasa menjalankan perniagaan. Mungkin kerana tiada pengalaman dalam dunia perniagaan di dunia nyata anda sedikit terlupa mengenai kepentingan pelanggan itu kepada anda. Anda perlu sentiasa bersabar dalam melayani pelbagai karenan pelanggan kerana anda juga yang memilih untuk menjalankan perniagaan ini dan menjadi lumrah untuk anda menghadapi perkara-perkara sebegini-SEKIAN.




You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram