Seorang rakan perniagaan saya mengakhiri perbualan dengan ayat " okay jutawan " dan saya terus menyanggah ayat tersebut, kenapakah...
Seringkali usahawan menghadapi masalah dengan pelanggan mereka di lama sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Masalah yang dihadapi termasuklah rumor, rungutan, teguran dan juga fitnah bagi menjatuhkan sesebuah entiti perniagaan itu. Jadi amatlah penting bagi seorang usahawan untuk manangani krisis ini dengan teratur dan bijak bagi memastikan entiti perniagaan anda terus bertahan di pasaran. Tidak dinafikan krisis yang berlaku bakal mencalarkan imej perniagaan.
Pembelajaran Kes/Case Study
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan DNA khinzir dalam coklat keluaran Cadburry namun selepas itu pihak Cadburry pantas tampil mempertahankan yang coklat mereka Halal dipasaran setaraf sijil Halal yang mereka miliki. Iklan dan kerjasama dengan pelbagai agensi agama Islam bagi menyakin pengguna mengenai status Halal produk mereka dilakukan. Hal Halal dan Haram bagi pengguna umat Islam di Malaysia amatlah sensitif dan pembuktian yang sangat rapi dan menyakinkan dilakukan oleh pihak Cadburry bagi menyakinkan semula pengguna mereka.
Pembelajaran Kes Cadburry ini adalah salah satu daripada isu semasa kepada sebuah syarikat yang berstatus antarabangsa namun usahawan kecil dan sederhana juga boleh mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku kepada syarikat ini.
Pada masa kini kepantasan teknologi membatasi kemampuan manusia dan berita samada betul atau tidak betul boleh tersebar dengan begitu pantas. Sangat penting bagi seorang usahawan untuk menangangi krisis ini dengan bijaksana tanpa mencampuradukkan emosi dan peribadi dalam hal yang berlaku.
Pada pandangan penulis sebagai usahawan yang ingin melihat entiti perniagaan anda kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran anda perlu mengasingkan entiti perniagaan anda dengan kehidupan peribadi anda. Disini ada beberapa tips yang mungkin boleh digunapakai apabila menghadapi krisis di laman sosial;
- Cuba tidak menggunakan akaun peribadi anda untuk menjawab segala krisis yang berlaku terhadap syarikat dan anda boleh menggunakan akaun syarikat bagi menjawab setiap krisis. Ini bagi mengelakkan anda diserang secara peribadi pula yang akan lebih memburukkan keadaan itu.
- Menggunakan ayat yang profesional tanpa terlalu emosi dalam menjawab setiap krisis atau persoalan daripada pelanggan.
- Memastikan setiap masalah diadakan jalan penyelesaiannya dan memastikan masalah yang sama tidak akan berulang.
- Tindakkan undang-undang perlu diambil atau dibuat laporan pada setiap kenyataan palsu daripada pelanggan atau pesaing anda di laman sosial. Sesi penerangan atau sidang media juga boleh dilakukan bagi menerangkan situasi sebenar keadaan bersama bukti kukuh bahawa kenyataan yang dibuat itu palsu dan retorik semata-mata.
Pelbagai lagi pelan menangangi krisis yang anda boleh dapati di internet tapi anda perlu percaya setiap krisis yang berlaku akan lebih menguatkan anda pada masa akan datang.
Seringkali usahawan menghadapi masalah dengan pelanggan mereka di lama sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Masalah ...
Kepesatan teknologi sekarang menjadi satu kelebihan kepada para usahawan sedia ada ataupun kepada yang baru ingin bergelar usahawan. Peningkatan usahawan secara drastik bagai cendawan tumbuh selepas hujan hasil daripada peningkatan teknologi secara amnya.
Jika dahulu tidak semua orang mampu untuk menjadi usahawan memandangkan kos menjalankan perniagaan yang tinggi termasuklah kos pemasaran. Namun kini dengan adanya teknologi ICT kos tersebut berjaya dikurangkan.
Tanpa memerlukan kedai fizikal atau bahan promosi fizikal, para usahawan mampu menjalankan perniagaan secara atas talian melalui kemudahan internet dan sosial media. Namun trend perniagaan secara atas talian ini menjadi satu perkara yang negatif apabila disalahgunakan oleh pihak-pihak tetentu yang mengambil peluang untuk melakukan penipuan.
Selain itu, peluang menjadi usahawan dengan begitu mudah juga menjadikan usahawan sekarang kurang daya tahan dan kurang berusaha kearah meningkatkan perniagaan yang dijalankan. Ilmu perniagaan yang dulunya dituntut melalui mentor atau guru juga tiada dalam diri mereka menjadikan merwk kurang ilmu dalam dunia perniagaan sebenar. Hal ini membataskan perkembangan seorang usahawan itu ke peringkat global atau peringakat yang lebih tinggi.
Namun begitu bagi yang betul-betul pandai mengambil peluang atas pembangunan teknologi ICT ini akan dpt menjalankan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan efektif. Kesimpulannya cara perniagaan tradisional dan moden perlu digabungkan bagi mewujudkan seorang usahawan yang berilmu dan berdaya saing.-Mohd Faiz
Kepesatan teknologi sekarang menjadi satu kelebihan kepada para usahawan sedia ada ataupun kepada yang baru ingin bergelar usahawan. Peningk...