Kekeliruan antara membeli tablet sering terjadi dalam kalangan peminat gajet. Namun bagi yang betul-betul tahu apa yang mereka perlukan pasti akan memilih gajet yang sesuai dengan diri mereka.
Kekeliruan sering terjadi untuk memilih antara tablet ipad keluaran apple ataupun tablet Galaxy Tab keluaran Samsung. Memang tak dinafikan kedua-dua jenama ini adalah pesaing utama dalam pasaran telefon mudah alih dan tablet. Kedua-dua jenama ini saling menyaingi diantara satu sama lain dalam menguasai pasaran telefon pintar dan tablet.
Kelebihan jenama Samsung dapat dilihat dengan penggunaan peranti android pada hampir setiap gajet keluaran mereka. Pengeluaran model-model baru yang mampu milik juga menjadi salah satu faktor pengguna untuk memilih jenama ini. Antara produk yang paling mendapat sambutan ialah Samsung Galaxy s2 dan Samsung Galaxy Tab.
Bagi produk jenama apple kelebihan dapat dilihat melalui penggunaan os keluaran apple dan spec di dalam gajet apple itu sendiri yang mempunyai kelajuan dan performance yang begitu memuaskan. Kelebihan ini dikatakan saingan utama kenama jenama Samsung kerana performance gajet keluaran Samsung sering kali dikritik. Produk apple juga mempunyai kekuatan pada jenamanya yang lebih popular dan dipercayai ramai. Antara produk apple yang popular ialah iphone 4 dan ipad 2.
Jenama mana menjadi pilihan anda terpulang kepada setiap diri anda sendiri. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Kekeliruan antara membeli tablet sering terjadi dalam kalangan peminat gajet. Namun bagi yang betul-betul tahu apa yang mereka perl...