,

Usahawan Kini VS Usahawan Dahulu

Kepesatan teknologi sekarang menjadi satu kelebihan kepada para usahawan sedia ada ataupun kepada yang baru ingin bergelar usahawan. Peningkatan usahawan secara drastik bagai cendawan tumbuh selepas hujan hasil daripada peningkatan teknologi secara amnya.


Jika dahulu tidak semua orang mampu untuk menjadi usahawan memandangkan kos menjalankan perniagaan yang tinggi termasuklah kos pemasaran. Namun kini dengan adanya teknologi ICT kos tersebut berjaya dikurangkan. 

Tanpa memerlukan kedai fizikal atau bahan promosi fizikal, para usahawan mampu menjalankan perniagaan secara atas talian melalui kemudahan internet dan sosial media. Namun trend perniagaan secara atas talian ini menjadi satu perkara yang negatif apabila disalahgunakan oleh pihak-pihak tetentu yang mengambil peluang untuk melakukan penipuan.

Selain itu, peluang menjadi usahawan dengan begitu mudah juga menjadikan usahawan sekarang kurang daya tahan dan kurang berusaha kearah meningkatkan perniagaan yang dijalankan. Ilmu perniagaan yang dulunya dituntut melalui mentor atau guru juga tiada dalam diri mereka menjadikan merwk kurang ilmu dalam dunia perniagaan sebenar. Hal ini membataskan perkembangan seorang usahawan itu ke peringkat global atau peringakat yang lebih tinggi.

Namun begitu bagi yang betul-betul pandai mengambil peluang atas pembangunan teknologi ICT ini akan dpt menjalankan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan efektif. Kesimpulannya cara perniagaan tradisional dan moden perlu digabungkan bagi mewujudkan seorang usahawan yang berilmu dan berdaya saing.-Mohd Faiz


You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram