,

Iphone 6 : Antara Realiti Dan Fantasi



Buat para penggemar produk apple terutamanya iphone dilihat tidak begitu teruja dengan perlancaran model iphone terbaru iaitu iphone 6 dan iphone 6 plus. Seperti biasa sebelum model terbaru dikeluarkan begitu banyak khabar angin yang akan kedengaran termasuklah kisah-kisah kebocoran pandang pertama reka bentuk terbaru iphone yang bakal dikeluarkan.

Ramai yang akan mula berfantasi mengenai iphone keluaran terbaru namun perubahan yang cuba ditonjolkan apple dari segi penambahan saiz skrin iphone tidak begitu menarik perhatian para penggemar iphone. Rata-rata mengharapkan peningkatan kualiti kamera dan video iphone serta peningkatan fungsi iphone sepertimana yang terdapat pada kebanyakkan telefon android.

Namun begitu secara realitinya masih ramai yang meminati produk apple yang tiada tolok bandingannya walaupun pelbagai jenama cuba menyaingi mereka dengan mengeluarkan telefon yang berspedifikasi tinggi. Kualiti dan jenama iphone tetap tidak dapat ditumpaskan lagi pesaing terdekat dan pastinya kepada yang menolak iphone kerana saiz skrinnya sudah mula berkira-kira untuk membeli iphone 6 plus.


You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram