, ,

Tips Menghadiri Majlis Konvokesyen

Seperti biasa pada pertengahan tahun atau akhir tahun akan diadakan istaiadat konvokesyen di beberapa Universiti tempatan. Hari konvokesyen ialah hari yang begitu bermakna buat mahasiswa dan mahasiswi kerana hari tersebut merupakan hari meraikan kejayaan menempuh alam sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam perkerjaan. Selain itu suka duka bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi akan menemui titik noktahnya pada hari tersebut. Bagi tidak mencacatkan hari konvokesyen anda haruslah merancang segala-galanya lebih awal terutamanya bagi yang berada jauh dari tempat berlangsungnya majlis konvokesyen mereka.

Saya merupakan antara usahawan yang sering kali mengusahakan tapak perniagaan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Shah Alam dan sangat mengetahui suasana pada istiadat tersebut. Walaupun telah berpindah daripada Dewan Sri Budiman (DSB) ke Dewan Agong Tengku Canselor (DATC) namun masalah parking kereta dan kesesakkan pada hari istiadat masih lagi menjadi masalah utama. Tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana kepadatan kampus UiTM Shah Alam itu sendiri menyebabkan kessesakkan berlaku. Namun beberapa langkah telah diambil pihak UiTM termasuklah memecahkan istiadat konvokesyen ini kepada kampus-kampus cawangan serta menyediakan parking di luar kampus iaitu di parking bertingkat berdekatan Jakel Shah Alam.Bukan sahaja di dalam kampus berlaku kesesakkan namu di luar kampu juga termasuklah kawasan terdekat iaitu Seksyen 2 dan Seksyen 7. Suasana ini menunjukkan betapa meriahnya suasana konvokesyen di UiTM Shah Alam namun bagi anda yang tidak biasa dengan suasan dan keadaan jalan di Shah Alam anda harus merancang dulu perjalanan hari konvokesyen anda termasuklah mencari studio gambar konvokesyen anda yang paling sesuai dan menjamin keselesaan anda.

Untuk istiadat di Dewan Agong Tengku Canselor terdapat studio fotografi berbentuk kabin disediakan dan studio ini dilengkapi penghawa dingin. Saya pernah mengusahakan salah satu kabin fotografi di DATC suatu ketika dulu dan ketika itu penghawa dingin belum disediakan lagi. Disana saya dapat mendengar dan melihat keluhan para ibubapa yang terpaksa menunggu lama di bawah terik panas dan kadang kala hujan sekaligus merosakkan mood untuk sesi fotografi mereka.Mereka juga terpaksa bersesak-sesak untuk menunggu giliran fotografi masing-masing dan sudah tentu sesi fotografi mereka terpaksa disingkatkan bagi memberi peluang kepada orang lain dan ini menimbul perasan tidak puas hati pelanggan.Selepas itu saya tidak lagi mengusahakan studio fotografi dan beralih kepada perniagaan makanan di sana. Semasa mengusahakan perniagaan makanan saya telah menyedari bahawa kabin bagi studio fotografi dipertingkatkan iaitu lebih luas dan dilengkapi penghawa dingin. Terasa bangga sekali dengan peningkatan terbabit namun susana bersesak-sesak dan terpaksa menunggu lama masih lagi berulang mungkin kerana terlalu ramai graduan yang diraikan. Seperti yang kita maklum UiTM merupakan antara pengeluar graduan berkualiti teramai negara.

Ada juga ibubapa yang cuba lari daripada kesesakkan di dalam kampus dan mencari studio di luar UiTM namu mereka juga terperangkap dengan petak letak kereta yang terhad dan kesesakkan lalulinta dibeberapa pusat perniagaan berhampiran UiTM kerana memang secara azalinya kawasan terbabit sesak ditambah pula dengan istiadat konvokesyen UiTM.Melihat masalah dan kebuntuan yang berlaku saya telah menyediakan satu alternatif kepada para ibubapa dengan menyediakan studio konvokesyen bagi siswa siswi UiTM yang selesa dan mampu memudahkan ibubapa. Triple XL Media Studio terletak di pinggir Seksyen 7 Shah Alam yang merupakan satu komersil lot baru menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah parking kereta, surau, tandas dan studio yang selesa. Apa yang menarik sistem tempahan dalam talian juga disediakan bagi memudahkan ibubapa dengan pakej yang berpatutan dan bermutu tinggi. Jadi apa tunggu lagi layari www.triplexlmedia.com dan rancang perjalanan hari konvokesyen anda sekarang. Tahniah dan terima kasih kepada semua graduan yang akan bergraduasi tidak lama lagi.










You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram