Mengenal Pasti Penipuan di Malaysia



Sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai pelbagai jenis penipuan yang telah menjerat ramai rakyat Malaysia terutamanya membabitkan penipuan online dan skim cepat kaya. Persoalannya siapakan yang patut dipersalahkan? Penipu atau yang ditipu? Pada hemat penulis individu yang ditipu sepatutnya lebih berhati-hati dalam menyertai mana-mana skim atau membeli apa sahaja barang melalui internet atau secara fizikal.

Kekurangan pengetahuan dan sikap tamak manusia adalah antara  faktor kenapa ramai rakyat Malaysia terlibat dalam kes penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesedaran rakyat Malaysia yang kurang untuk membaca dan mengambil tahu mengenai isu semasa menjadikan mereka lebih senang ditipu sebab itulah kita dapat lihat paten  penipuan yang sering menghiasi dada-dada akhbar masih lagi berlaku berulang-ulang kali. Penulis tiada komen mengenai sifat tamak rakyat malaysia yang kebanyakkannya terlalu berhajat untuk cepat kaya berbanding berusaha keras bagi mengumpul kekayaan.

Dibawah ini adalah antara pengalaman penulis mengenai kes-kes penipuan yang terjadi di Malaysia.

#1 Skim 1 Malaysia

Kelicikan penipu menggunakan isu semasa menunjukkan penipu lebih berilmu daripada individu yang ditipu. Bayangkan jika anda ditawarkan geran sebanyak RM200,000.00 untuk membuka kedai 1Malaysia dengan hanya membeli geran tersebut sebanyak RM10,000.00 daripada seorang individu yang bergelar Dato'. Untuk membuka kedai 1Malaysia anda  hanya memerlukan RM100,000.00 sahaja manakala selebihnya boleh gunakan sesuka hati anda dan bayaran mesti dibuat secepat mungkin (pada malam perjumpaan kami) kononnya bagi proses menukar nama geran tersebut. Dimanakah logiknya perkara ini? Siapakah yang begitu baik hati memberikan anda duit sesuka hati mereka sedangkan hakikat sebenarnya begitu susah untuk mendapatkan 1 sen pun daripada mana-mana pihak! Jika dibuat kajian, begitu banyak kes penipuan yang membabitkan dana kerajaan 1Malaysia termasuklah kes biasiswa 1Malaysia yabg sering menghiasi tajuk akhbar di Malaysia.

#2 Penipuan Gajet

Suatu pagi penulis dikejutkan dengan satu mesej daripada seorang sahabat yang menawarkan untuk membeli iphone 5s 64gb dengan harga hanya RM1,500.00 sahaja! Menurut sahabat penulis tawaran tersebut hanya sah sehingga tengahari pada hari berkenaan. Penulis yakin ini hanyalah satu penipuan dan penulis cuba menyiasat kerana harga yang ditawarkan sekali ganda lebih murah daripada harga pasaran (lebih kurang RM3,000.00). Sahabat penulis yang sedikit berdegil menegaskan bahawa gajet tersebuat dijual oleh seorang pelakon tambahan yang dikenalinya melalui aplikasi instagram. Menurut pelakon terbabit gajet terbabit didapati daripada teman wanitanya yang berkerja di syarikat telekomunikasi Maxis dan gajet tersebut adalah untuk penghabisan stok. Dengan segala maklumat yang ada penulis membuat kajian dan ternyata ini adalah penipuan kerana kes yang sama pernah terjadi kepada artis-artis Malaysia tidak lama dahulu dengan paten penipuan hampir 100% sama! Ternyata pelakon terbabit mendesak sahabat penulis untuk membayar deposit tanpa berjumpanya dahulu dengan pelbagai alasan yang dibuatnya dan penulis berjaya menyelamatkan sahabat penulis yang telah mengambil lima tempahan pada pagi itu sahaja.

Boleh rujuk disini :

#3 Cabutan Bertuah

Penipuan jenis ini adalah jenis penipuan yang paling banyak dan biasa terjadi. Pernahkan anda mendapat SMS atau panggilan telefon yang mengumumkan anda sebagai pemenang cabutan bertuah  daripada mana-mana syarikat atau bank? Kebiasaannya penipuan menggunakan nama public listed company seperti Petronas, Telekom atau TNB dan juga mana-mana bank di Malaysia. penulis pernah mendapat panggilan yang mengumumkan penulis telah memenangi hadiah 1 juta ringgit Malaysia daripada Petronas. Pemanggil tersebut menggunakan Private Number dan yang paling ketara percakapan pemanggil begitu pelat (pemanggil mungkin berbangsa Cina). Pemanggil cuba meminta nombor dan tarikh luput kad ATM penulis dan pastinya dia tidak berjaya melakukannya ats beberapa sebab yang penulis rasa begitu meragukan iaitu :

1. Adakah Petronas mengupah seseorang yang melakukan kerja-kerja public relation (PR) yang begitu pelat?
2. Kenapakah panggilan dibuat pada awal pagi hari minggu iaitu hari Ahad?
3. Kenapa penulis tidak tahu mengenai cabutan bertuah ini dalam mana-mana sumber termasuklah akhbar atau kaca televisyen? Adakah petronas tidak bangga dapat memberikan cabutan bertuah sebanyak 1juta kepada penggunanya?
4. penulis tidak pernah mengisi mana-mana borang cabutan bertuah dengan Petronas.

Perkara yang paling dikesali penulis bila salah seorang staf penulis memasukkan RM500.00 kedalam akaun penipu setelah mendapat SMS yang menyatakan dia memenangin cabutan bertuah daripada sebuah bank dan penipuan tersebut dipercayai didalangi oleh rakyat Indonesia.

#4 Penipuan Mudah.my

Pihak mudah.my sering menekankan supaya pembelian dialakukan melalui proses cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa penghantaran. Kes kali ini apabila sahabat penulis dari kampung ingin menyewa sebuah rumah teres di kawasan berdekatan i-city Shah Alam. Pembayaran deposit  telah dilakukan dengan memasukkan duit ke dalam akaun sebanyak RM2,400.00 iaitu deposit selama dua bulan sewa. Sahabat penulis meminta penulis untuk meninjau rumah terbabit setelah tiada khabar berita daripada pemilik rumah walaupun pembayaran telah dibuat. Penulis mendapat tahu daripada jiran rumah berkenaan bahawa rumah itu telah ada penyewa dan ramai telah tertipu dengan iklan di Mudah.

#5 Penipuan zsedekah online

Penulis paling kecewa dengan peniuan ini kerana mereka menggunakan agama bagi menjalankan penipuan mereka. Kononnya terdapat ramai jutawan yang menyalurkan bantuan sedekah kepada mereka untuk diagihkan kepada orang ramai. Antara yang ditawarkan ialah dana niaga dan dana pendidikan dimana yuran proses bagi mendapatkan dana tersebut ialah diantara RM50.00 dan RM150.00. Bayangkan mereka yang meminta dana zakat adalah daripada golongan yang tidak mampu dan jumalah RM50.00 itu begitu besar bagi mereka namun tanpa hati perut mereka ini menggunakan agama bagi mengaburi mata pemohon. Penulis syak penipuan ini didalangi rakyat Indonesia kerana sedekah secara online sangat popular di sana. Untuk pengetahuan semua penulis juga tertipu kali ini apabila penulis memohon dana niaga walaupun terdapat banyak was-was semasa permohonan tersebut namun penulis dikaburi oleh penggunaan agama daripada penipu. Yang pastinya penipuan ini begitu terancang dengan penubuhan pejabatnya di Seksyen 15 Shah Alam dan operasi websitenya.

Rujuk disini :
2. https://www.sedekahonline.org (tidak lagi beroperasi)


Ini antara kes-kes yang penulis alami dan banyaklah lagi kes penipuan yang terjadi termasuklah penipuan MLM dan penipuan luar negara. Daripada kes-keas yang penulis alami kita dapat mengenal pasti penipuan dengan bebrapa cara dan antaranya ialah :

1. Penipu akan mendesak untuk mendapatkan duit seawal mungkin dengan pelbagai alasan.
2. Penipu akan menggunakan gelaran atau nama-nama individu yang terkenal untuk melakukan penipuan seperti Dato' atau artis.
3. Penipu akan menggunakan isu-isu semasa dalam menjalankan penipuan mereka.
4. Penipu meminta data peribadi seperti nombor akaun atau sebagainya.
5. Penipu menawarkan harga yang begitu murah dari harga pasaran.
6. Penipu menggunakan agama dan perwatakan yang alim.
7. Penipu tidak menggunakan sistem cash on delivery.

Semoga kita semua dijauhi daripada penipuan-penipuan sebegini. Dengan sikap hati-hati dan tidak tergopoh-gapah mungkin menyelamatkan kita daripada penipuan. Rencana ini adalah atas permintaan sahabat Ben Mazalan untuk University News Capital.

Sekian,
minbreaking

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram