, ,

Sikap Tidak Suka Ikut Peraturan



Sikap tidak suka mengikut peraturan mungkin sesuai sangat dengan orang Malaysia. Mungkin ada yang menidakkan undang-undang negara yang digubal dengan alasan itu hanyalah undang-undang manusia dan ada juga yang beranggapan negra ini ialah 'free country'. Sebenarnya tiada istilah 'free country' kerana setiap perkara itu ada undang-undang atau peraturan tersendiri.

jika kita lihat dalam agama islam terdapat peratu-peraturan dan larangan yang digariskan dan setiap peraturan itu adalah untuk kebaikkan umat. Begitulah juga dengan setiap perkara dalam dunia ini perlu diletakkan peraturan untuk kebaikkan setiap manusia. kita sedia maklum walaupun budaya di barat sangat teruk tapi mereka merupakan bangsa yang mengikut peraturan sepertimana di negara Jepun. Sebagai contoh apa yang berlaku di negara kita :

Situasi pertama :

Bila nampak sign board kedai tulis 'TUTUP' orang akan tetap bertanya, "buka ke?"

Situasi kedua :

Ini adalah situasi sebenar di sebuah bank. Mungkin kerana hari Jumaat jadi bank itu tutup seketika ketika waktu solat Jumaat dan terang-terang lagi sign board tutup di letakan di pintu bank. Tiba-tiba datang seorang wanita meluru macam orang tak betul menggongcang pintu bank sekuat hati untuk masuk ke dalam bank. Agak lama menggongcang pintu seperti seekor kera sedangkan memang tiada orang didalam bank dan sign board 'TUTUP' didepan mata dia tetap menggoncangkan pintu sehingga pengawal keselamatan memberitahu bank tutup. Dia terus tersipu-sipu malu dan meninggalkan bank.

Situasi ketiga :

Gril kedai sudah ditutup sehingga separuh tapi masih ada juga yang merangkap masuk seperti belangkas dan buat selamba membeli barang dikedai.

Untuk situasi pertama mungkin orang yang bertanya itu bukan bodoh sebab tidak boleh baca sign board tapi semestinya sebab tidak suka mengikut peraturan!. Situasi kedua pula menunjukkan betapa buruknya gopoh orang yang tidak suka mengikut peraturan ini. situasi ketiga menunjukkan orang yang tidak suka mengikut peraturan ini angkuh, berlagak dan sombong!. Jadilah orang yang suka mengikut peraturan untuk menjadi insan yang bertamadun.

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram