, ,

Apa Yang Anda boleh Lakukan Bila Rasa Putus Asa?


Semua orang pasti akan pernah merasai rasa putus asa dalam kehidupan mereka. Biasanya rasa putus asa ini datang setelah berlakunya sesuatu kegagalan dalam kehidupan kita. Namun jangan bimbang kerana hidup kita bukan berakhir dengan sesuatu kegagalan itu jadi kita harus tempuhi kegagalan dan rasa putus asa tersebut. Kami senaraikan perkara yang anda boleh lakukan bila rasa putis asa.

1. Banyakkan membaca
Isi masa lapang anda dengan membanca nescaya anda akan mendapat sesuatu yang baik daripada pembacaan anda dan berupaya menjadikan diri anda lebih positif. Selain itu membaca juga akan meningkatkan ilmu pengetahuan anda.

2. Pamerkan ayat-ayat motivasi
Pamerkan ayat-ayat motivasi bagi meningkat keyakinan diri anda dan menangkis rasa putus asa. Anda boleh mempamerkan ayat-ayat motivasi di skrin telefon anda, tempat tidur anda, tempat kerja anda atau dimana sahaja tempat yang anda selalu lihat dalam kehidupan seharian.

3. Lakukan perkara yang anda gemari
Lupakan kegelisahan dan kegusaran anda dengan melakukan perkara yang anda gemari. Sedikit sebanyak hobi anda ibi dapat mebantu anda menenangkan diri dan melupakan kegagalan yang lalu. Seringkali kita terlupa membuat perkara yang kita gemari kerana terlalu mengejar perkara lain jadi ambil peluang semasa menghadapi perasaan putus asa akibat kegagalan anda untuk melalukan perkara yang digemari.

4. Keluar berhibur
Ambil peluang menghubungi rakan lama atau rakan rapat anda untuk berkongsi masalah yang dihadapi sambil keluar berhibur bersama mereka. Namun perlu diingatkan jaga batas anda semasa berhibur agar tidak terlibat dengan perkara-perkara negatif.

5. Menonton filem atau drama
Tonton filem atau drama kegemaran anda kerana kebanyakkan filem atau drama diterapkan dengan nilai-nilai kehidupan yang dapat memotivasikan anda. Sebagai contoh fileh Forest Gump yang merupakan filem kegemaran penulis dan menjadi tontonan ketika rasa putus asa!

Kami yakin anda ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa putus asa anda jadi boleh tinggalkan di ruang komen untuk perkongsian bersama. Yang penting kita sentiasa melawan rasa putus asa terbabit agar tidak mempengaruhi dan menjatuhkan hidup kita di masa hadapan.

You Might Also Like

2 comments

  1. thanx untuk info.. hee~ jadi manusia ni memang ade kala rasa tergugat dengan keadaan sekeliling.. cuma kekuatan untuk tempuh hari hari dengan semangat tu penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kena kembalikan semual semangat yang kadang-kadang hilang dalam diri kita

      Padam

Facebook Page

Instagram