, , , ,

Tips Mencari Bilik Seminar

Berkongsi ilmu dengan orang lain adalah satu nikmat yang jarang-jarang dimiliki oleh setiap orang jadi apasalahnya untuk kongsikan ilmu yang anda miliki dengan orang lain. Setiap kali menganjurkan bengkel atau seminar ilmu pasti masalah utama ialah untuk mencari tempat yang sesuai. Jadi kami senaraikan beberapa tips memilih bilik seminar yang sesuai untuk anda.

1. Kos sewaan yang berpatutan

Kos sewaan bilik seminar mestilah pada kadar yang berpatutan bagi mengelakkan kos program menjadi tinggi sekaligus menaikkan yuran penyertaan bagi sesuatu program itu.

2. Bersesuaian dengan kapasiti perserta

Anda perlu mengambil kira kapasiti perserta dengan keluasan bilik seminar dan kemudahan yang disediakan agar mengcukupi dan selesa buat perserta. Elakkan memuatkan perserta yang berlebihan dari kapasiti sesuatu bilik seminar itu kerana ia akan membuatkan program itu kurang berkesan dan perserta tidak selesa sepanjang program.


3. Kemudahan tempat letak kereta

kemudahan tempat letak kereta amat perlu dititik beratkan kerana tanpa kemudahan ini akan menyukarkan perserta untuk hadir ke program yang dianjurkan selain daripada tiba lewat ke program kerana mencari tempat letak kereta atau terpaksa berjalan kaki dari tempat letak kereta yang terletak jauh dari lokasi program.

4. Lokasi yang sesuai

Lokasi perlu dipilih berdasarkan perserta anda dimana lokasi tersebut mestilah berdekatan dengan tempat tinggal perserta atau senang diakses oleh mereka. Elakkan juga memilih lokasi yang mempunyai aliran trafik yang sesak atau terlalu jauh dari jalan utama.

5. Kemudahan yang disediakan

Kemudahan seperti tandas, surau dan kelengkapan seminar sangat penting bagi melancarkan program dan memudahkan peserta justeru itu amatlah penting untuk mencari bilik seminar yang menyediakan kemudahan serba lengkap.

Contoh Bilik Seminar Triple XL Media Shah Alam

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram