,

Review : Train To Busan


Bagi peminat filem atau drama korea, filem ini mungkin juga menjadi filem wajib tonton bagi anda. Train to Busan mengisahkan Sok Woo (Yoo Gong)  dan anak perempuannya Soo Ahn (Soo An Kim) sedang dalam perjalanan ke Busan menaiki keretapi KTX. Seperti yang kita maklum keretapi antara pengangkutan utama dan pilihan rakyat korea untuk ke destinasi pilihan mereka. Di sini juga kita dapat melihat bagaimana keretapi di Korea berfungsi dan dijalankan. Mungkin di Malaysia kita mempunyai keretapi ETS seumpamanya.




Berbalik kepada filem ini, dalam perjalanan mereka ke Busan bagi menemui ibu Soo Ahn mereka telah diserang oleh sekumpulan zombie. Pada masa yang sama bandar-bandar lain juga telah diserang wabak zombie dimana seperti kebiasaannya manusia yang digigit zombie ini akan bertukar menjadi zombie juga. Walaupun plot ceritanya hanya berlatar belakangkan suasana didalam kerterapi namun gerabak keretapi yang cukup panjang dan sempit ini cukup memdebarkan apalagi jika anda sedang diserang sekumpulan zombie! Plot ceritanya juga kurang berkembang tapi masih menarik untuk ditontoni.


Filem yang menjadi box office ini juga dikatakan menjadi rebutan pengeluar filem utama Holywood jadi siapa kata filem zombie sudah tidak televan lagi di pasaran. Bagi penulis filem ini cukup menarik ditambah pula adunan sekata dari segi aksi, jalan cerita dan drama didalamnya. Unsur positif dan kekeluargaan juga digarapkan menjadikan filem ini lebih menarik. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini dipawagam dan jangan lupa bawa tisu kerana ada babak-babak yang akan membawa air mata buat anda.
Rating penulis : 4.8/5

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram