, , ,

Tips Putus Cinta





Kadang-kadang orang anggap putus cinta ni macam dunia dah kiamat. Agak-agaklah baru cintan cintun bukannya kahwin lagi. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan putus cinta ni memang sesuatu yang menyedihkankan lagi-lagi jika anda dah lama dengan si dia. Jadi disini aku sertakan sedikit tips bila putus cinta.

Jangan lakukan perkara yang sama 

Elakkan melakukan perkara yang sama ketika anda bersama si dia dahulu. Cubalah sesuatu yang baru dan berjumpalah dengan rakan-rakan baru!

Jangan Cari Pengganti

Salah satu kesilapan besar ketika putus cinta adalah terlalu cepat mencari pengganti. Tahukah anda yang anda hanya terlalu mengikut perasaan bila anda tergopoh gapah mencari pasangan baru selepas putus cinta dan mungkin juga anda sedang menunjuk-nunjuk kepada bekas pasangan anda.

Sibukkan Diri

Sibukkan diri anda dengan pelbagai perkara yang anda suka dan elakkan daripada berkeseorangan atau berkurung di dalam bilik.

Elakkan Menghubungi Bekas Pasangan Anda

Anda harus yakin dan pasti yang anda telah memutuskan hubungan dengan pasangan anda oleh itu jangan menghubungi si dia lagi kecuali ada keuzuran atau sebagainya.

Jangan Berdendam

Hubungan tanpa ikatan yang sah boleh terputus bila-bila sahaja oleh itu jangan sesekali menyimpan dendam jika hubungan cinta anda terputus di tengah jalan. Anggaplah anda tiada jodoh dengan si dia.

Sekian sahaja tips bagi yang putus cinta tapi seelok-eloknya bila ada keserasian cuba-cubalah masuk meminang bagi lelaki dan bagi perempuan carilah lelaki yang betul-betul menghargai cinta anda!

You Might Also Like

2 comments

Facebook Page

Instagram