, ,

Jangan Merendahkan Orang

Dalam konteks sebenar perasaan merendah diri ialah dimana anda sentiasa berserdehana dari segi fizikal dan tingkah laku namun bukan bermaksud anda merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri. Sedangkan kemampuan diri sendiri anda tidak boleh pertikaikan inikan pula anda mahu mempertikaikan ataupun merendahkan kemampuan orang lain. Oleh itu topik hari ini berdasarkan persoalan kenapa kita suka merendahkan orang lain?

Antara ayat yang selalu kita dengar,


"boleh ke dia buat bukan pandai sangat pun"
"projek ni mesti gagal punya kalau dia jadi ketua"


Cuba fikirkan balik atas dasar apa orang lain atau kita sendiri bercakap sebegini rupa? Satu perkataan sahaja yang dapat gambarkannya iaitu perkataan 'iri hati'. Bila perasaan iri hati atau dengki ini menguasai diri maka mulalah seseorang itu akan memandang rendah pada kemampuan orang lain sedangkan dalam hati kita sebaliknya. 

Disinilah kita perlu ada apa yang kita panggil persaingan sihat supaya perasaan iri hati atau dengki tadi diganti dengan perasaan ingin berjaya dengan berusaha dan bersaing secara sihat. 

Sekian sahaja pesanan pendek daripada kami, salam Jumaat dan salam Ramadhan.


You Might Also Like

2 comments

  1. yup. aku pulak berhadapan dengan orang yg rasa die bagus tapi hasil tak seberapa.

    BalasPadam
  2. @Rapunzeel Cikilolo samalah sedang berhadapan dengan manusia seperti itu juga...

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram