,

Bagaimana memulakan sesuatu perniagaan?

Tentu ramai diantara kita yang ingin membuka perniagaan sendiri dan ingin bergelar usahawan yang berjaya namun tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan itu.

Memulakan perniagaan itu tidak semestinya membuka satu perniagaan yang besar tetapi cukup sekadar dengan perniagaan kecil-kecilan kerana dari sini anda akan belajar selok-belok perniagaan.

Menjadi seorang usahawan mestilah mempunyai sifat berani mencuba dan sebab itulah anda kena berani memcuba dalam sesuatu perniagaan itu. Buatlah apa sahaja yang anda boleh mulakan asalkan ia boleh menjadi medium permulaan untuk anda bergelar seorang usahawan.

Yang penting anda jangan takut untuk gagal dan bersedialah untuk gagal. Anda juga perlu bijak mengatur langkah anda dalam perniagaan. Belajar untuk menghadiri seminar atau kursus keusahawanan yang ada selain daripada bergaul rapat dengan usahawan-usahawan lain. Timbulkan satu 'ego' anda sebagai usahawan dengan bertutur, berlagak dan bekerja sebagai seorang usahawan.

Sampai disini sahaja segmen bisnes kita dan pada segmen yang berikutnya saya akan merungkai bagaimana menguruskan sesuatu perniagaan itu bagi peringkat permulaan.


You Might Also Like

1 comments

  1. Jika perusahaan Anda memiliki kebutuhan yang berkaitan dengan ISO (International Standard Organization), 5S (Dasar dasar tentang Rapi, Bersih dan Tertata), GMP (Good Manufacturing Practice), SM-K3 (Sistem Manajemen Kesehatan dan Keselamatan Kerja), Hospital, Plastics (Dasar dasar Plastics), Sanitation (Kebersihan Sebenarnya) dan HVAC (Penyediaan AC Central yang Memenuhi Standard), akan tetapi mungkin perusahaan dimana Anda bekerja memiliki budget yang terbatas, waktu yang sempit, dan berbagai kendala faktor lainnya untuk mengikuti seminar atau training dengan topik tersebut di atas yang rata-rata kisaran harganya 1,5 - 2,5 juta per orang.

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram