,

Review Filem : The Impossible

Rasanya terlalu awal untuk menyatakan bahawa filem 'The Impossible' sebagai filem terbaik 2013 namun untuk pembukaan awal 2013 filem ini memang tidak menghampakan malahan mempunyai mutu yang bagus. Berkisarkan latar belakang kejadian Tsunami di Phuket Thailand pada 2004 filem ini dibintangi Naomi Watts (ibu, Maria), Ewan McGregor (bapa, henry), Tom Holland (anak sulung, Lucas), Samuel Joslin (anak kedua, Thomas) dan Oaklee Pandergast (anak bongsu, Simon).

Kelainan filem ini ialah kerana ia lebih bersifat kekeluargaan berbeza daripada filem-filem Hollywood lain yang banyak memaparkan keganasan dan seksualiti. Kesimpulannya filem ini sesuai untuk ditonton seluruh isi keluarga malahan hubungan kekeluargaan yang dipaparkan dalam filem ini pasti menyentuh hati anda. Untuk pengetahuan anda jalan cerita filem ini diambil daripada kisah benar dan nama-nama karakter dalam filem ini dikekalkan.Idea untuk membuat filem ini hadir bila produsernya mendengar kisah keluarga ini dalam satu wawancara di sebuah stesen radio.

Elemen kekeluargaan dan elemen teknikal semasa dan selepas kejadian Tsunami sepatutnya diberi pujian dan filem ini mengingatkan penulis kepada filem Titanic. Cerita bermula apabila sebuah keluarga iaitu Maria, Henry dan anak-anak mereka iaitu Lucas, Thomas dan Simon bercuti di Phuket Thailand. Pada permulaan cerita Tsunami melanda dan mereka sekeluarga terpisah. Selebihnya dipaparkan bagaimana mereka sekeluarga terselamat dan meneruskan hidup sebelum diselamatkan dan bertemu semula.


You Might Also Like

5 comments

  1. macam tertarik je nak beli cd nanti...

    BalasPadam
  2. aritu nak tengk citer nie tapi sumer orang nak tengok the tower...
    nanti la carik.. huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. best x the tower tu? maybe leh buat review sikit

      Padam

Facebook Page

Instagram