, ,

Masalah Bateri Galaxy Tab P1000



Mungkin ada diantara anda yang menggunakan galaxy tab P1000 dan mengalami masalah dengan bateri seperti yang aku alami.

Masalah bateri pada galaxy tab aku terjadi sebanyak dua kali. Untuk kali yang pertama aku menghantarnya ke Samsung service center di Petaling Jaya memandangkan ia masih lagi dalam warranty. Untuk masalah pertama bateri aku cepat habis dan kadang-kadang terpadam sendiri. Menurut servis center itu masalah terbabit terjadi disebabkan kesalahan sistem semasa aku upgrade android froyo ke gingerbread so aku nasihat untuk menghantar tab atau telefon anda ke servis center untuk tujuan upgrading.

Bagi masalah kedua bateri aku menjadi cepat habis juga dan sebagai contoh status bateri daripada 50% terus turun ke 3% atau 1% secara tiba-tiba. Untuk masalah ini aku cuba google dan aku dapat lihat maslah yang sama melalui youtube. Terdapat komen di video tersebut yang menyarankan untuk mencabut bateri tab seketika dan memasangnya balik untuk mengatasi maslah tersebut.

Memandangkan galaxy tab aku sudah tamat tempoh warranty so aku memberanikan diri untuk mencuba cara tersebut. Berbekalkan tutorial melalui youtube aku membuka galaxy tab aku serta mencabut baterinya sebelum memasang balik bateri tersebut.

Walaupun menghadapi kesukaran membuka galaxy tab itu namun hasilnya bateri aku kembali normal. Akhirnya dapat guna balik galaxy tab aku itu seperti biasa so janganlah cepat sangat nak tukar bateri kalau perkara sebegini terjadi kerana tidak semestinya bateri anda telah rosak. Setahu aku bateri galaxy tab bernilai lebih kurang RM250, wah jimat duit aku. Tapi sekiranya galaxy tab anda masih dalam warranty better hanar terus ke Samsung servis center di Petaling Jaya. Good luck dan selamat mencuba!



You Might Also Like

13 comments

  1. tq tq tq saya dah cuba cara ni n it works.kalau tak, asyik kena duduk kat plug sbb charger always kena on baru dapat guna tab ni.charge 100% cabut charger guna 5mnt camtu dah 1%.now,dari reset bat td 78% dah almost 1jam 30minit still banyak lagi powernya.tq tq tq again.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak caari skrudriver tu kat mane??tolong bgtau....

      Padam
  2. Blh x bg link utk bukak galaxy tab ni..? Asyk masalah bateri jer ni..

    BalasPadam
  3. Ooo camtu, sy pon same gak, dari 80% tup tup 1% pastu keluar samsung, adoiiiiiiii

    BalasPadam
  4. OOoo..macam tu..saya pun sama...dari 50% tiba2 turun dengan cepat...tak sampai beberapa minit...jadi 2% camtu...adeh la...puas cari penyelesaian...

    BalasPadam
  5. mcm mn na buka batter cover?

    BalasPadam
  6. Off kan wifi kalau x guna n off kan apps kat task manager n clearkan memory..pastu ok la. Aku selalu bt camtu..alhamdulillah ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya da buat tapi still mati lagi

      Padam
  7. Geng kucing saya da buat sama je still mati

    BalasPadam
  8. Masalah saya pulak,klau cas,kluar pangkah merah kat bateri tu...jenuh nk tggu bateri penuh...kekadang satu hari suntuk pun blum tentu penuh....boleh buat cmni jugak ke?juz bukak bateri?hrap respon ya..,..tq....

    BalasPadam
  9. Tolong bgtau kat mane nak cari pemutar skru die????

    BalasPadam
  10. Dimanakah boleh saya mendapatkan cable baru?

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram