, ,

Wujudkah Pelaris Perniagaan? (Seram)



Cerita ini mungkin angker sikit tapi semoga dijadikan pengajaran oleh semua yang membacanya. Cerita ini juga bukan direka-reka atau diambil dari facebok kerana cerita ini merupakan cerita yang aku alami dan dengar sendiri.

Mungkin area kawasan korang selalu ada kedai makan yang sentiasa laku dan ramai orang mungkin kerana kelazatan makanannya ataupun kerana ilmu yang digunakan pemilik gerai terbabit. Sememangnya aku bukan percaya sangat bendabenda macam ni tapi memang tak dinafikan benda-benda sebegini wujud.

Suatu hari member aku berkunjung ke sebuah gerai makan yang memang popular dan selalu dikunjungi ramai orang terutamanya student universiti di kawasan itu. Aku juga selalu mengunjungi gerai terbabit kerana mungkin kelazatan makanannya.Nak dijadikan cerita member aku ni memang mempunyai kebolehan yang luar biasa iaitu dapat melihat benda-benda ghaib, percaya atau tidak terpulang pada korang tapi aku mempercayai member aku ni mungkin kerana dia seorang yang warak.

Selepas  berkunjung ke gerai itu dia balik dan bercerita pengalaman dia kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Dia dapat melihat satu lembaga menjilat-jilat makanan yang dijual di gerai terbabit dan dia pasti yang gerai itu menggunakan ilmu pelaris untuk melariskan jualan gerai mereka. Aku dan rakan-rakan memang tersentak mendengar cerita itu kerana kami juga selalu mengunjungi gerai terbabit. Hinggalah rasa mual, takut dan marah menguasai diri kami pada masa itu bila mendengar cerita itu. Sampai sekarang aku dan rakan-rakan tak makan digerai itu lagi.

Banyak lagi cerita mengenai pelaris perniagaan ini tapi susah aku nak percaya sebab itu hanyalah cerita dari mulut kemulut, mungkin sebab hasad dengki dan perkara lain tapi cerita diatas aku percaya sebab cerita tersebut merupakan pengalaman kawan aku sendiri.Member aku just nak bagi amaran mengenai perkara itu dan tiada motif lain dia nak mereka-reka cerita sebab dia bukan meniaga sebelah gerai itu pun, dia just pelanggan. Pengajarannya bacalah doa makan sebelum menjamu selera!

You Might Also Like

8 comments

  1. eceh, gambar hiasan ke gambar betol

    BalasPadam
  2. no komen sbb nanti kalau silap jadi dosa plak

    BalasPadam
  3. @Wadi AR gambar betu tp hiasan utk post ni....hehehe

    BalasPadam
  4. @::FAIZ FARISH:: itulah, aku pun xarif sngt just nk berkongsi...

    BalasPadam
  5. ish2, percayaan kurafat tu..

    BalasPadam
  6. sangat menarik. tentu member tu ade banyak penglaman seperti tu di kedai kedai makan yang lain. boleh beri tips bagaimana kite nak nak tahu samada kedai yg kite kunjungi tu ade menggunakan pelaris atau tidak.

    BalasPadam
  7. terlalu byk cerita yang mcm ni....di semenanjung, sabah, sarawak..seluruh malaysia ada cerita yang hampir sama....ntalah mana satu yg betul...yg penting sebelum mkn kita pastikan makanan n tempat makan tu halal...baca bismillah dulu..selesai makan baca doa selesai makan....hanya tuhan yang tahu apa yg sebenarnya...

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram