Planner | Praktikal atau Tidak Praktikal




Cuba korang tengok bukan main kemas lagi buku planner aku. Sebenarnya selalu jugak aku buat buku planner sebab aku ni pelupa orangnya tapi kadang-kadang semuanya hangat-hangat taik ayam. Bukan nak salahkan ayam atau taik ayam tapi nak salahkan diri sendiri yang kurang berdisiplin untuk mengikut planning yang ditetapkan dalam buku planner.

So pada pendapat aku memang buku planner ni tidak praktikal sama sekali untuk orang macam aku tapi aku tahu ada yang betul-betul berdisiplin menggunakan buku planner masing-masing.

Untuk mereka yang rasa buku planner ni tak praktikal aku nak bagi tips-tips yang aku pernah praktikalkan untuk memjadikan buku planner ni praktikal, berbelit-beli ayat aku.

  1. Tampal palanner yang korang buat besar-besar kat tempat yang korang selalu tengok contohnya almari baju, cermin dan sebagainya. Jangan letak.kat side mirror dah!
  2. Bawa buku planner korang kemana sahaja korang pergi dan jadikan buku planner korang tu peneman anda setiap masa.
  3. Pastikan korang merujuk buku planner ksebelum memulakan hari iaitu dia waktu pagi dan mengupdate buku planner sebelum tidur malam.
  4. Susun dan hias buku planner korang mengikut citarasa korang hingga korang sayang sangat pada planner korang tu.
  5. Jilidkan.buku planner yang telah habis digunakan mengikut tahu dan simpan dengan rapi supaya korang rasa berbangga yang korang ada buku planner setiap tahun.


Pada pendapat aku buku planner ini penting untuk menjadikan.kita lebih berdisiplin dan kehidupan kita akan.lebih teratur dengan adanya buku.planner ini. Ingat orang yang cemerlang adalah org yang berdisiplin tinggi.

**buku planner korang juga boleh dalam bentuk diari yang lebih kecil tapi buku planner ini bukanlah diari peribadi anda.
Published with Blogger-droid v1.7.4

You Might Also Like

2 comments

  1. planner?? aku trabur jerp,, yg penting kje siap,, ahahah ^^

    BalasPadam
  2. @Popoiaku tulis je lebih tp x ikut pun, hahaha

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram