,

Perkataan Sepanjang Ramadhan

Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini dan tentu sekali bila Ramadhan menjelma pelbagai perkara yang kita nak lakukan. Kadang-kadang perkara tersebut telah sebati dengan diri kita setiap kali Ramadhan menjelma.

PUASA : Menahan lapar & dahaga daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat dan mengikut rukunnya.

SAHUR : Persediaan untuk berpuasa pada keesokkan harinya tapi ada yang kata sebagai latihan untuk mendisiplinkan diri bangun awal dan buat amal ibadah.

TERAWIH : Solat sunat di bulan Ramadhan untuk menggandakan amal ibadah di bulan mulia ini.

MOREH : Juadah yang disediakan selepas solat terawih.

BERSEDEKAH : Amalan sunat biasa pada bulan Ramadhan tapi kalau boleh biarlah kita sentiasa bersedekah.

BAZAAR RAMADHAN : Tempat menjual juadah berbuka puasa dan tempat para peniaga mencari rezeki di bulan Ramadhan.

BUBUR LAMBUK : Menu yang wajib ada sepanjang Ramadhan dan kebiasaannya diagihkan secara percuma di surau atau masjid.

Apalagi? Korang tolong tambah sebab bulan Ramadhan ni banyak kebaikkan dan keberkatannya so banyak amal ibadah dapat dilakukan pada bulan ni.

You Might Also Like

4 comments

  1. selamat menjalani ibadah puasa juga MM!! =)
    ni ade 1 tawaran....jom rebut tawaran ni~~

    Kemasukan baru ke universiti.. :)
    Tarikh : 1 Ogos 2011
    Name U : University of Ramadhan Al-Mubarak
    Course wajib : Berpuasa
    Course special : Terawih
    Course tambahan : Baca quran, zikir, s0lat sunat, sedekah n etc
    Kelulusan : Ijazah Ketakwaan Kelas Pertama
    Konvo : 1 Syawal

    * Extra.. Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
    course : Puasa 6 bulan Syawal..

    BalasPadam
  2. @Wadi AR penambahan yg baik lg...teringat masa sekolah dlu kena khatam masa bln pose...

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram