Mengoptimasikan Perniagaan Anda

Idea untuk menggabungkan beberapa cabang perniagaan dalam satu bumbung sudah lama diamalkan oleh beberapa negara maju. Idea ini secara tidak langsung meningkatkan pendapat syarikat dan mengurangkan kos-kos yang ditanggung syarikat. Jadi persoalannya bagaimana mahu memilih gabungan cabang perniagaan yang sesuai dalam satu bumbung?

Pertama sekali perlu dilihat secara rasional  adakah perniagaan yang hendak digabungkan dalam satu bumbung itu mempunyai pertalian antara satu sama lain. Jika ya anda boleh mengembangkan lagi idea penggabungan tersebut dan jika tidak anda seharusnya mencari cabang perniagaan lain yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa titik persamaan diantara satu sama lain. Sebagai contoh jika anda membeli belah di Ikea dan anda juga akan memilih kafe disana bagi melepaskan penat anda membeli belah.

Keduanya anda perlu lihat dari segi penggunaan ruang. Dalam satu lokasi perniagaan boleh ada pelbagai cabang perniagaan di dalamnya namun pembahagian ruang perlu diadakan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan penggunaan ruang yang tidak efisien dan tepat.Elakkan menggabungkan  perniagaan yang masing-masing memerlukan ruang yang luas. 

Ketiga, kegunaan perkakasan atau kemudahan dalam satu ruang itu berhubung kait antara gabungan perniagaan yang dijalankan. Ini kerna selain dapat menjimatkan ruang anda dapat menjimatkan kos pengendalian dan kos menyediakan kemudahan tersebut juga.-Selamat mencuba.


You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram