, , , , , , , , , ,

Bukan Senang Memimpin dan Dipimpin

Minggu yang sangat stress dalam hidup dah kembali sampaikan tak sempat nak update blog dan buat blogwalking. Rindu sangat kat member-member blogger dan pembaca blog ini. Walaupun tak update blog ni tapi aku tetap intai-intai entry blog korang cuma tak tinggalkan jejak jer, okay apa tak payahlah korang nak balas balik jejak aku tu.

Aku sekarang berhadapan dengan situasi sebagai seorang pemimpin dan orang yang dipimpin. Dua-dua situasi ini memang ada dia punya cabaran tersendiri dan ada juga kelebihannya. Sebagai contoh sebagai seorang pemimpin aku mestilah bertanggungjawab terhadap orang yang aku pimpin dan menjaga amanah yang telah diberikan kepada aku. Sebagai orang yang dipimpin pula aku kena memegang amanat pemimpin  dan menjalankan tugas yang diberikan secara ikhlas dan jujur.

Pelbagai cabaran perlu aku hadapi sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin. Aku kenalah menghadapi kerenah dan telatah orang yang aku pimpin termasuklah terpaksa menggalas semua tugas-tugas yang  telah diamanahkan kepada aku sebagai seorang pemimpin. Lain pula ceritanya bila aku dipimpin sebab aku terpaksa menurut perintah yang kadang-kadang tidak dapat aku laksanakan. Aku juga terpaksa mengorbankan banyak masa dan tenaga  bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan.

Secara ikhlasnya aku tahu bagaimana perasaan sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin jadi aku haruslah menjaga orang yang aku pimpin dan pemimpin aku. Sekian.


You Might Also Like

6 comments

  1. assalamualiakum. apsal entri ko kali ni ada kaitan dgn aku..jujur aku cakap..memang susah apabila jadi pemimpin apabila org yg dipimpin mudah kecik hati bila ditegur dan susah bila jadi org yg dipimpin sebab takut tindakan yg kita lakukan itu tak menepati apa yg pemimpin(ketua) nak..kan?

    BalasPadam
  2. jadi pemimpin ~ sgt susah sebab kita tak tahu boleh achieve or x..

    jadi yang dipimpin..sometimes ok..somtimes not ok..

    BalasPadam
  3. jadi pemimpin bukan senang ... jadi org yg dipimpin pun bukan senang jika yg memimpin tidak pndai memimpin hehe.. yg pasti try lah jadi pemimpin yg baik bukan hanya pndai mengarah

    BalasPadam
  4. @Amir Izzatsebenarnya semua org boleh jd pemimpin tp bkn semua boleh memimpin...

    BalasPadam
  5. @nazrul ashraffsbb itu kita kena ikut persekitaran bkn persekitaran ikut kita.....

    BalasPadam
  6. @Qaseh dalia adeliamengarah tak slah tp cara memberi arahan tu mestilah btl....

    BalasPadam

Facebook Page

Instagram