,

Pilihan Raya dan Belia


Musim pilihanraya semakin hampir bahkan telah memasuki fasa pertama bila setiap orang bercakap mengenainya. Apa yang cuba dikupaskan ialah kaitan belia dan pilihan raya. 

Baik kerajaan atau pembangkang kedua-dua parti sedang giat menjalankan promosi parti masing-masing dan kita dapat lihat perubahan sekarang bila belia menjadi sasaran promosi politik kedua-dua belah pihak. Kenapakah belia? Mungkin golongan belia semakin bertambah di Malaysia dan golongan selepas belia semakin berkurang. Mungkin juga kerana kesedaran berpolitik yang semakin kuat dalam golongan belia dan penglibatan belia dalam politik semakin bertambah. Hal ini sekaligus menolak streotaip yang mengatakan politik hanyalah untuk orang-orang yang berumur sahaja. 

Lihat sajalah usaha kerajaan dan pembangkang memenangi hati mereka terutamanya golongan belia mahasiswa yang semakin terdedah dengan politik. Namun harus diingatkan untuk golongan mahasiswa berpada-padalah dalam politik keranan kehidupan anda masih jauh dan banyak benda yang perlu anda pelajari lagi. Jangan mudah terpengaruh dengan politik kerana politik kadang-kadang boleh menjadi sangat kotor dan jijik-sekian.

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram