7 Jenis Pelanggan Perniagaan Anda
Menghadapi karenah pelanggan yang bermacam ragam merupakan salah satu asam garam dalam perniagaan terutamanya yang melibatkan diri dalam perniagaan kecil dan sederhana. Disini antara 7 jenis ragam pelanggan yang selalunya dihadapi peniaga di Malaysia :
1. Suka membandingkan-bandingkan
Pelanggan seperti ini kebiasaannya ingin mendapatkan harga yang rendah dengan menbanding-bandingkan harga produk atau perkhidmatan yang disediakan dengan perniagaan lain. Yang paling menyedihkan ada yang sanggup menipu kononnya mendapat harga yang lebih murah di tempat lain semata-mata mahu mendapatkan harga yang lebih murah.
2. Tidak mengambil tahu terma dan syarat
Kebiasaanya pelanggan susah untuk mengambil tahu terma dan syarat yang disediakan oleh peniaga bagi perkhidmatan mereka. Sebagai contoh terdapat peniaga yang membuat terma dan syarat tiada pemulangan semula bagi produk atau perkhidmatan mereka dan ada juga yang menetapkan harga tambahan bagi perkhidmatan tambahan yang pelanggan perlukan. Akibat sikap ini kebiasaanya akan terjadi salah faham antara pelanggan dan peniaga.
3. Suka tawar menawar
Sikap tawar menawar adalah perkara biasa dalam satu urusan jual beli namun pelanggan tidak seharusnya membuat tawar menawar yang keterlaluan sehingga dapat merugikan peniaga terbabit. Sikap tawar menawar yang keterlaluan ini selalunya terjadi apabila peniaga dan pelanggan mempunyai hubungan samada sebagai rakan atau keluarga. Malah terjadi juga pelanggan menggunakan isu sama bangsa atau tempat asal bagi mendapatkan harga serendah mungkin dari peniaga.
0 comments