,

Lagi Emas Untuk Negara

Bersesuaian dengan erti sebuah pengorbanan pada Hari Raya Aidiladha ini, atlet paralimpik negara Abdul Latif Romly telah menyumbangkan emas ketiga Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik bertaraf dunia di Rio.
Bukan setakat itu sahaja Abdul Latif juga berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh yang disertainya dengan catatan 7.60 Meter. Syabas anak Malaysia yang berjaya membuktikan ketidakupayaan bukanlah penghalang kepada kejayaan mereka tapi pengorbanan serta kegigihan mereka menjalani latihan adalah kunci kejayaan mereka. Yang pasti kemenangan mereka mendapat pujian pelbagai lapisan masyarakat dan akan diiktiraf setanding dengan atlet normal yang lain.
Sekaling tahniah daripada penulis dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Abdul Latif Romly

You Might Also Like

0 comments

Facebook Page

Instagram