apple,
ipad,
iPhone 4,
samsung galaxy tab,
samsung galaxy tab 10.1,
smartphone,
teknologi
Apple VS Samsung
Kekeliruan antara membeli tablet sering terjadi dalam kalangan peminat gajet. Namun bagi yang betul-betul tahu apa yang mereka perlukan pasti akan memilih gajet yang sesuai dengan diri mereka.
Kekeliruan sering terjadi untuk memilih antara tablet ipad keluaran apple ataupun tablet Galaxy Tab keluaran Samsung. Memang tak dinafikan kedua-dua jenama ini adalah pesaing utama dalam pasaran telefon mudah alih dan tablet. Kedua-dua jenama ini saling menyaingi diantara satu sama lain dalam menguasai pasaran telefon pintar dan tablet.
Kelebihan jenama Samsung dapat dilihat dengan penggunaan peranti android pada hampir setiap gajet keluaran mereka. Pengeluaran model-model baru yang mampu milik juga menjadi salah satu faktor pengguna untuk memilih jenama ini. Antara produk yang paling mendapat sambutan ialah Samsung Galaxy s2 dan Samsung Galaxy Tab.
Bagi produk jenama apple kelebihan dapat dilihat melalui penggunaan os keluaran apple dan spec di dalam gajet apple itu sendiri yang mempunyai kelajuan dan performance yang begitu memuaskan. Kelebihan ini dikatakan saingan utama kenama jenama Samsung kerana performance gajet keluaran Samsung sering kali dikritik. Produk apple juga mempunyai kekuatan pada jenamanya yang lebih popular dan dipercayai ramai. Antara produk apple yang popular ialah iphone 4 dan ipad 2.
Jenama mana menjadi pilihan anda terpulang kepada setiap diri anda sendiri. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.
Published with Blogger-droid v2.0.4
8 comments
Betul tu sya setuju dgn pendapat tuan blog.
BalasPadamTq tp setiap org ada pandangan tersendiri kan...
Padamsetiap gadget mempunyai kelebihan & kekurangan yang tersendiri.depend pada kita sama ada kita meminati apa..dan rajin2 menjenguk ke kedai untuk memegang sendiri gadget pilihan korang kan
BalasPadamLebih elok kalau cuba try member2 punya dlu then br decide nk beli brand mana.....
Padamajar aku mcm mana nak tukar templete mcm ko..nak yg simple
BalasPadamNi aku just amek template free drpd internet dan adjust html mengiku kesesuaian
Padamsepanjang pakai samsung. syarikat samsung ni hanya pentingkan keuntungan. kepuasan pelanggan depa tolak tepi.. support samsung ni kurang ,kadang-2 support diorang ni takde.. ramai dah yang beli produk samsung, last-2 samsung hentikan support pada produk diorang.. kalau nak pakai kejap2 bolehla pakai samsung. kalau nak support yg berterusan pakai produk apple.
BalasPadamSetuju sangat dgn pendapat ko....
Padam