boring,
hidup,
lawak,
love,
moral,
nukilan,
perangai pelik,
tabiat,
tips
Tindakan Jangan Berlandaskan Emosi
Gambar Hiasan |
Kenapa kita perlu mengawal emosi?
Kerana kita semua mempunyai emosi dan sememangnya emosi itu tidak boleh dipisahkan daripada diri kita sendiri. oleh itu cara yang baik untuk melakukan sebarang tindakkan tanpa berlandaskan emosi ialah dengan mengawal emosi itu sendiri supaya tidak mempengaruhi sebarang tindakan yang akan kita lakukan kelak.
Perlukah elemen emosi dalam setiap tindakan?
Perlu ada elemen emosi dalam setiap tindakan sebab itulah kita mengawal emosi dan bukannya mengecualikan emosi dalam setiap tindakkan. Sebagai manusia yang mempunyai rasa belas kasihan dan tolak ansur, unsur emosi dalam setiap tindakan kita perlulah diambil kira tapi bukan dengan kadar yang keterlaluan atau bergantung sepenuhnya dengan emosi untuk sesuatu tindakkan.
Bagaimana hendak mengawal emosi?
Banyak kaedah mengawal emosi termasuklah kaedah yang digariskan oleh agama Islam. Sebagai contoh apabila dalam keadaab marah anda perlulah mengambil wuduk. Selain itu jika anda berasa sedih carilah orang yang sesuai untuk meluahkan kesedihan anda itu. Terdapat banyak lagi cara mengawal emosi dan yang penting setiap emosi boleh dikawal jika dibuat dengan cara yang betul.
Waktu yang tepat membuat pilihan?
Sudah tentu waktu yang tepat untuk anda membuat pilihan ialah bila anda berada dalam keadaan yang tenang dan tidak terpengaruh dengan mana-mana emosi anda. Biala mana anda sedang beremosi, elakkan daripadan membuat keputusan atau pilihan pada masa itu dan tumpukan perhatian dalam memulihkan emosi anda supaya anda dapat membuat keputusan kelak.
Seringkali kita melakukan tindakan yang terburu-buru dan salah ketika kita beremosi. Kesalahan itu hanya disedari bila kita sudah melakukan kesilapan tersebut dan akan disusli dengan penyesalan. Ketika itu penyesalan sudah tiada gunanya lagi namun haruslah diingatkan bahawa Allah S.W.T menerima taubat hambanya dan sebab itulah kita juga harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lampau.
2 comments
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamvery nice entri.....
BalasPadam