Mungkin ada diantara anda yang menggunakan galaxy tab P1000 dan mengalami masalah dengan bateri seperti yang aku alami.
Masalah bateri pada galaxy tab aku terjadi sebanyak dua kali. Untuk kali yang pertama aku menghantarnya ke Samsung service center di Petaling Jaya memandangkan ia masih lagi dalam warranty. Untuk masalah pertama bateri aku cepat habis dan kadang-kadang terpadam sendiri. Menurut servis center itu masalah terbabit terjadi disebabkan kesalahan sistem semasa aku upgrade android froyo ke gingerbread so aku nasihat untuk menghantar tab atau telefon anda ke servis center untuk tujuan upgrading.
Bagi masalah kedua bateri aku menjadi cepat habis juga dan sebagai contoh status bateri daripada 50% terus turun ke 3% atau 1% secara tiba-tiba. Untuk masalah ini aku cuba google dan aku dapat lihat maslah yang sama melalui youtube. Terdapat komen di video tersebut yang menyarankan untuk mencabut bateri tab seketika dan memasangnya balik untuk mengatasi maslah tersebut.
Memandangkan galaxy tab aku sudah tamat tempoh warranty so aku memberanikan diri untuk mencuba cara tersebut. Berbekalkan tutorial melalui youtube aku membuka galaxy tab aku serta mencabut baterinya sebelum memasang balik bateri tersebut.
Walaupun menghadapi kesukaran membuka galaxy tab itu namun hasilnya bateri aku kembali normal. Akhirnya dapat guna balik galaxy tab aku itu seperti biasa so janganlah cepat sangat nak tukar bateri kalau perkara sebegini terjadi kerana tidak semestinya bateri anda telah rosak. Setahu aku bateri galaxy tab bernilai lebih kurang RM250, wah jimat duit aku. Tapi sekiranya galaxy tab anda masih dalam warranty better hanar terus ke Samsung servis center di Petaling Jaya. Good luck dan selamat mencuba!
Mungkin ada diantara anda yang menggunakan galaxy tab P1000 dan mengalami masalah dengan bateri seperti yang aku alami. Masalah bateri p...