Minggu yang sangat stress dalam hidup dah kembali sampaikan tak sempat nak update blog dan buat blogwalking. Rindu sangat kat member-member blogger dan pembaca blog ini. Walaupun tak update blog ni tapi aku tetap intai-intai entry blog korang cuma tak tinggalkan jejak jer, okay apa tak payahlah korang nak balas balik jejak aku tu.
Aku sekarang berhadapan dengan situasi sebagai seorang pemimpin dan orang yang dipimpin. Dua-dua situasi ini memang ada dia punya cabaran tersendiri dan ada juga kelebihannya. Sebagai contoh sebagai seorang pemimpin aku mestilah bertanggungjawab terhadap orang yang aku pimpin dan menjaga amanah yang telah diberikan kepada aku. Sebagai orang yang dipimpin pula aku kena memegang amanat pemimpin dan menjalankan tugas yang diberikan secara ikhlas dan jujur.
Pelbagai cabaran perlu aku hadapi sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin. Aku kenalah menghadapi kerenah dan telatah orang yang aku pimpin termasuklah terpaksa menggalas semua tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada aku sebagai seorang pemimpin. Lain pula ceritanya bila aku dipimpin sebab aku terpaksa menurut perintah yang kadang-kadang tidak dapat aku laksanakan. Aku juga terpaksa mengorbankan banyak masa dan tenaga bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan.
Secara ikhlasnya aku tahu bagaimana perasaan sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin jadi aku haruslah menjaga orang yang aku pimpin dan pemimpin aku. Sekian.
Minggu yang sangat stress dalam hidup dah kembali sampaikan tak sempat nak update blog dan buat blogwalking. Rindu sangat kat member-member ...